Semasa

24 RAMD Anjur Program Derma Darah

SABAH: Seramai lapan pegawai dan 52 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Program Derma Darah anjuran Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) diketuai oleh Pegawai Perubatan, Kapt (Dr) Muhammad Ariff Mohd Bakri dengan kerjasama pihak Hospital Lahad Datu dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Adnan Hj Hashim pada 26 Jun 2018.

Program seperti ini merupakan salah satu daripada aktiviti jiwa murni yang dilaksanakan bertujuan mengeratkan hubungan tentera bersama komuniti setempat selain daripada membantu pihak pengurusan hospital untuk menambah bekalan tabung darah yang semakin berkurangan.

Turut hadir pegawai serta anggota dari MK ESSCOM dan 73 WKSP.

Gambar: Pbt Zharif

Artikel Berkaitan

Back to top button