Bersama PemimpinMK Medan BaratSemasa

Penganjuran Menembak Pistol Erat Hubungan TD Dengan Media

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain berkesempatan meluangkan masa menyertai Pertandingan Menembak Pistol Tentera Darat Bersama Media Tahun 2022 di Lapang Sasar Tertutup 25 Meter, Kem Perdana Sungai Besi pada 24 Dis 2022.

Pertandingan melibatkan seramai 30 petugas media yang mewakili 10 agensi diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan baik antara Tentera Darat (TD) dan media selain dapat meningkatkan tahap kompetensi dan Kemahiran menembak pegawai kanan TD.

Tim Tiger yang diketuai oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan pertandingan.

Naib johan pula disandang oleh tim Cougar yang diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ Dr Zulkeffeli Mat Jusoh manakala tempat ketiga jatuh kepada tim Eagle diketuai oleh PTD.

Sepanjang pertandingan berlangsung, wakil media turut dilibatkan dengan beberapa acara terbuka seperti Menembak Individu Centre Fire Target, Tim Centre Fire Target dan Falling Plate.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta.

Pelaksanaan acara ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online