SemasaSukan

TD Juara Ragbi Karnival Sukan ATM

MELAKA: Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul Juara dalam Perlawanan Akhir Ragbi (7 sepasukan) Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila berjaya menewaskan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertempat di Padang Kompleks Sukan Jasmani TD pada 4 Nov 2016.

Perlawanan akhir tersebut mempunyai tiga perlawanan yang  menyaksikan Tim TD A, B dan C memenangi ketiga-tiga perlawanan tersebut dengan mata 31 berbalas 12, 24 berbalas 5 dan  24 berbalas 7.

Karnival yang diadakan dari 31 Okt hingga 4 Nov anjuran  Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) itu, bertujuan untuk memilih atlet-atlet yang berpotensi untuk mewakili ATM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain turut mencungkil bakat- bakat baharu untuk diketengahkan.

Majlis penutup karnival disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah yang menyaksikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  mendominasi acara Lumba Basikal, Bola Tampar dan Ping Pong sekaligus menjadi johan bagi setiap acara sukan tersebut.

Dalam ucapan Panglima 3 Div,  beliau mengingatkan atlet agar menjiwai semangat kesukanan bagi mendepani hasrat dan cita-cita ATM melahirkan atlet  yang bukan sekadar menang di gelanggang tetapi dapat mengharumkan nama organisasi dimana-mana saja.

“ATM juga adalah salah satu tunjang sukan di Malaysia, oleh yang demikian marilah kita singkirkan sifat hasad dengki, bongkak dan mementingkan diri sendiri dalam pasukan kerana disebabkan sikap ini boleh menyebabkan keruntuhan dalam sesebuah pasukan mahupun organisasi,” tegas beliau.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Dato’ Abd Rahman Abd Karim  dan Asisten Ketua Staf Matarial Markas Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus Masjuki TUDM.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online