TERENGGANU: Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya sejumlah 140 penerjun terdiri daripada pegawai dan Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para)) telah diterjunkan semasa Eksesais Tiger Leap Siri 3/2017 – Lion Warrior Siri 1/2017 di Kuala Besut, Terengganu pada 27 Apr 2017 yang lalu.
2 buah pesawat C130 Hercules digunakan dalam latihan tersebut dan merupakan penerjunan pertama sejak ditransformasi dari Batalion Infantri Standard (BIS) menjadi Batalion Infantri Para pada 10 Sept 15. Eksesais secara bersama ini yang merupakan satu eksesais penerjunan statik dan berjaya dijalankan mengikut sequence of events (SOE) yang telah digarap terlebih dahulu dengan penuh teliti tanpa sebarang kecederaan.
Eksesais ini turut menyaksikan Pegawai Memerintah, Lt Kol Din Izuan bin Mahar Afandi terjun bersama-sama pegawai dan anggota seterusnya merasmikan upacara penutup eksesais tersebut.