KUALA LUMPUR: Seramai 30 ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) ATM membuat lawatan ke wad Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bersempena Hari ATM Ke-82 yang dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang pada 8 Okt 2015.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping beramah mesra diantara satu sama lain serta memantau kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh pesakit serta memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit.
Turut hadir Timbalan Pegawai Memerintah HAT Tunku Mizan, Brig Jen Datuk (Dr) Mohd Norazmi Mohd Yasin, pegawai dan anggota LLP.