3 DivSemasa

TBR Erat Hubungan Rakyat Dan Tentera

JOHOR: Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) menganjurkan Program Tentera Bersama Rakyat sempena Program Kemasyarakatan Perangi Aedes peringkat Daerah Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru bertempat di Padang Kompleks Sukan Pasir Gudang pada 24 Okt 2015.

Tujuan program diadakan adalah sebagai langkah pencegahan  menghadapi wabak denggi di lokasi-lokasi yang dilihat terjejas disamping meningkatkan kesedaran penduduk setempat akan bahaya denggi dan dapat melaksanakan aktiviti bergotong royong agar dapat menghindarkan wabak ini terus aktif.

Pasukan Rejimen 501 Askar Wataniah dipertanggungjawabkan mengkoordinasikan program agar berjalan dengan lancar melibatkan penglibatan seramai 800 peserta yang hadir dari pelbagai agensi seperti Politeknik Sultan Ibrahim, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Kesihatan JB, SW Coperation, Kolej KFC dan masyarakat setempat.- Cwg Risik MK 7 Bgd


« 1 of 3 »

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online