JOHOR: Seramai 38 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Trup Tentera Darat (TD) terdiri dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Bn 165 Risik TD, Markas 10 Bgd Para dan 391 Bti Artileri terlibat dalam Majlis Penutupan Kursus Fotografi Trup TD yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Rej 881 PUTD pada 17 Dis 2015.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik-teknik mengambil gambar di dalam pelbagai situasi, membimbing anggota untuk menghasilkan foto yang bermutu serta mempunyai news dan intelligence value serta mendedahkan peserta kepada teknik-teknik mengambil gambar foto udara dari helikopter.
Dalam ucapan AKS, beliau menyatakan bahawa Cawangan Perisikan akan sentiasa berusaha membantu dan melatih pegawai dan anggota LLP dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang fotografi untuk tugasan udara.
“Justeru, apabila Rejimen 881 PUTD memohon untuk melatih anggota mereka dalam bidang fotografi untuk tugasan foto udara, saya terus bersetuju kerana ia juga akan memberi kelebihan dalam aspek perisikan,” ujarnya.
Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman, Pengarah PUTD, Kol Suhaimi Hussin TUDM, Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad, PS 2 BTDM, Lt Kol Ahmad Nazran Ashari dan Pensyarah Jemputan Shamsul Kamal Zakaria.
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di sekitar Kursus Fotografi Siri 2/2015 di Rej 881 PUTD di Galeri Foto[/box]