KEDAH: Seramai 14 pegawai dan anggota dari 5th Inf Div Royal Thai Army diketuai Mej Jen Sittiporn Musikasin melakukan lawatan ke kawasan operasi dibawah naungan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) pada 27 Mei 2017.
Ketibaan rombongan disambut oleh Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Mohamed Fauzi Kamis.
Lawatan selama satu jam itu bertujuan memberi gambaran am berkenaan operasi yang dilaksanakan oleh TDM di kawasan sempadan Malaysia dan Thailand.
Lawatan ini juga dilihat memberi gambaran hubungan erat antara Tentera Darat Malaysia dengan Royal Thailand Army (RTA) yang beroperasi di kawasan yang bertentangan.
Pada masa yang sama delegasi lawatan turut bermurah hati menyampaikan sumbangan berupa kurma dan snek ringan bagi anggota kompeni sempena kedatangan Bulan Ramadhan.