KUALA LUMPUR: Seramai 62 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kasih menerima sumbangan dalam Majlis Iftar Surau Luqman Al Hakim yang disempurnakan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari pada 12 Jun 2017.
Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai umat islam dalam membantu umat islam lain yang kurang bernasib baik selain secara dasarnya ATM sentiasa memelihara negara dan serta seluruh isinya tanpa mengira jurang perbezaan budaya, agama dan bangsa.
Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MK AB),Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib Abdul Samad.
Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali