HUTSemasa
Trend

85 Tahun TD Cemerlang Menjaga Kedaulatan Negara

NEGERI SEMBILAN: “Keunggulan organisasi Tentera Darat hari ini adalah legasi yang diwarisi dari kecemerlangan kepimpinan dan seluruh warganya yang terdahulu di mana pencapaian dan hala tuju yang diterapkan dari tahun ke tahun telah membawa TD dikenali di persada dunia serta sentiasa diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia demi menentukan keharmonian, keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” ucap Panglima Tentera Darat semasa perutusannya dalam Perbarisan Hari TD Ke-85 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas TD (PUSASDA) pada 1 Mac 2018.

Tambahnya lagi kejayaan yang dikecapi telah disulami dengan pengorbanan yang mana tiada kemerdekaan yang tidak dibasahi dengan darah serta keringat malah gugurnya pahlawan-pahlawan negara adalah semata-mata demi kedaulatan negara tercinta dan sehingga kini TD tidak pernah sesekali melupakan jasa serta pengorbanan yang dicurahkan mereka.

“Sejak 85 tahun penubuhannya TD melalui beberapa evolusi pemodenan berdasarkan kepada perubahan persekitaran geostrategik dan ancaman semasa di mana tempoh ini memperlihatkan keupayaan angkatan darat terus dibangunkan secara berperingkat dengan memberi penekanan kepada kemampuan  bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman dalam persekitaran multi domain.

“Seiring dengan kematangan usianya, TD berjaya mengorak langkah menempa pelbagai kecemerlangan yang berteraskan lima teras yang menjadi keutamaan saya dalam mengetuai ketumbukan ini iaitu perkasakan kesiagaan angkatan, pengukuhan kesepaduan angkatan, peneguhan profesionalisme, pemantapan pengurusan organisasi dan peningkatan kualiti hidup,” ujar PTD.

Selain itu, beliau berkata TD turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri di atas kepekaan serta keprihatinan berkaitan pembangunan TD dengan pelbagai kemajuan dicapai dalam evolusi pembangunan TD demi memastikan keampuhan ketumbukan TD sentiasa dipertingkat seiring Rancangan Transformasi Nasional Tahun 2050.

Terdahulu, sejurus ketibaan PTD, beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan dan lintas hormat dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) terdiri dari tiga buah pesawat Agusta dan sebuah helikopter Nuri lalu meneruskan acara dengan memeriksa barisan.

Perbarisan pada kali berkonsepkan tempur secara statik melibatkan 159 pegawai dan 3630 anggota Lain-Lain Pangkat dari 16 kor dalam TD meliputi 18 detasmen diketuai oleh Mej Jen Dato’  Hassan Ali, Panglima 21 Grup Gerak Khas serta diiringi Pancaragam Gabungan dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) dan Pancaragam Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

Antara aset yang diperagakan semasa perbarisan terdiri dari kenderaan LIPAN BARA, ADNAN, GEMPITA, PENDEKAR, Meriam 105mm PH L5, Meriam 155mm G5, Pelancar ASTROS II, KPS Gatling Gun, 13 ekor Kuda Istiadat dari Skuadron Istiadat Berkuda KAD dan Anjing Perang dari Cawangan Serigala Pusat Latihan Tempur TD (PULADA).

Acara diteruskan dengan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia kepada dua pegawai dan lapan anggota LLP manakala seorang pegawai dan sembilan anggota LLP bersama dua kakitangan awam menerima Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan Tahun 2017.

PTD turut  menyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera Tahun 2017 yang merupakan medium terbaik bagi mengukur kesiapsiagaan formasi tempur TD berpandukan kriteria dalam Direktif Pengurusan Organisasi PTD yang telah dimenangi oleh Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) dan 9 RAMD (Para) dianugerahkan Seksyen Tempur Terbaik Tahun 2017.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Raja Muda Selangor, Lt Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Lt Kol Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Jen (B) Tan Sri Mohamed Hashim Ali, Jen (B) Tan Sri Ismail Hassan dan Jen (B) Tan Sri Mohd Shahrom Hj Nordin.

[srizonfbalbum id=160]

Gambar: Lt Kol Hj Ahmad Nazran Hj Ashari, Kapt Ahmad Farhan Hassan, PW II Mohd Shahril Mat Ali, SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Sjn Saiful Fazley Rusli.

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online