Semasa

Lawatan Teknikal Ketua Pegawai Semboyan di 10 Skn RSD (Para)

MELAKA: Ketua Pegawai Semboyan (KPS), Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan telah mengadakan lawatan teknikal ke pasukan 10 Skn RSD (Para) pada 7 Ogos 2017.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan dengan pengurusan, pencapaian dan pelan tindakan hadapan berkaitan perkara gerakan, latihan, tadbir dan logistik pasukan 10 Skn RSD (Para). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Mej Zahrul Izwady bin Zahudin selaku Ketua Pemerintah 10 Skn RSD (Para). Selesai sesi taklimat, KPS telah dipertontonkan dengan Kawad Detasmen Radio yang terdiri daripada jururadio pasukan ini.

Sesi dialog bersama KPS juga turut diadakan bagi memberi peluang kepada semua peringkat anggota 10 Skn RSD (Para) untuk berkongsi idea serta pendapat bagi merealisasikan peranan dan tugas pasukan sebagai salah satu pasukan aturgerak cepat (PAC) dalam 10 Bgd (Para).

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”11887,11888,11889,11890,11891,11892,11893,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online