Bersama PemimpinSemasa

PAT Diraikan Dalam Homecoming SMKSI

TERENGGANU: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diraikan dalam Majlis Homecoming Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) bersama pelajar-pelajar, bekas pelajar dan guru-guru SMKSI di Dewan Besar SMKSI pada 17 Ogos 2017.

Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh pelajar-pelajar dan juga rakan-rakan lama beliau yang pernah bersekolah bersama di sekolah tersebut lalu dibawa serta diperkenalkan kepada hadirin yang hadir.

Tujuan homecoming ini adalah untuk meraikan beliau sebagai anak jati Kemaman yang bersekolah di SMKSI yang telah berjaya menjadi  Panglima Angkatan Tentera disamping memeriahkan lagi Program Semarak Kemerdekaan anjuran Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Ahli Parlimen Kemaman.

PAT dalam ucapannya, berterima kasih kepada mereka yang berusaha menjayakan program homecoming ini yang mana telah mengimbau kenangan pahit dan manis sewaktu beliau belajar di sekolah ini selain dapat mempertemukan beliau dengan guru lamanya serta rakan-rakan sekolahnya dahulu.

“Saya amat terharu dengan program ini yang mana saya telah meninggalkan sekolah ini hampir 43 tahun lalu tetapi pada hari ini segala kenangan terdahulu kembali menggamit perasaan bangga dengan sekolah yang menyebabkan saya berjaya hingga hari ini.

“Diharapkan ada ramai lagi dari sekolah ini yang akan mengharumkan nama anak jati Kemaman  yang akan berjaya menempa nama menjadi orang ternama di Malaysia agar terus dikenang oleh masyarakat,” nasihat beliau.

Sedikit tentang keperibadian PAT, beliau dilahirkan di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957 dan kemudiannya dibesarkan di Kemaman lalu mendapat pendidikan di Sultan Ismail School ( sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail), Kemaman dan kemudiannya pada 4 Apr 1976 menerima latihan tentera lalu ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 26 Mei 1977 di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja.

Beliau kemudiannya mengikuti kursus profesional di dalam dan luar negara dengan berkelulusan Sarjana Pengajian Pertahanan (Australia) serta Sarjana Sains Pertahanan dan Pengajian Strategik (Pakistan) dan pada 16 Dis 2016 beliau diberi mandat menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-19.

Acara diteruskan dengan penyampaian Dermasiswa Bakti kepada 10 pelajar dan lawatan ke kelas lama beliau serta merasmikan Pusat Sumber SMKSI.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari Abd Hadi.

 

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online