MELAKA : Upacara Penyerahan Bendera Malaysia antara 21 Gerup Gerak Khas (GGK) dan 10 Briged (Para) sempena Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan melibatkan 30 pegawai dan 300 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berlangsung pada 23 Ogos 2017 di Padang Pavilion, Kem Terendak.
Upacara penyerahan tersebut adalah simbolik kepada 10 Bgd (Para) bagi meneruskan larian yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Ogos 2017. Laluan Larian Merdeka TDĀ 2017 seterusnya bermula dari Kem Terendak – Pengkalan Balak – Linggi dan penamat di Port Dickson seterusnya acara Penyerahan Bendera Malaysia kepada Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.
Secara keseluruhannya, jarak larian bagi 10 Bgd (Para) adalah sejauh 53 km. Manakala penglibatan pelari dari 10 Bgd (Para) adalah seramai 310 orang dan kumpulan sokongan logistik seramai 60 orang.
Acara Penerimaan Bendera pada hari ini antara 21 Gerup Gerak Khas dengan 10 Bgd (Para) telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Zolkopli Hashim dengan menyerahkan bendera Larian Merdeka TD 2017 kepada Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Pengisian acara turut diselitkan dengan acara Gimik Penyerahan Bendera dan diteruskan dengan PT Tengahari dengan membawa 59 buah bendera mengililingi Kem Terendak sejauh 7 KM.
Turut Hadir, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh, Komander Artileri Divisyen 3 Div, Pegawai-pegawai Kanan Gerak Khas dan Pegawai-Pegawai 10 Bgd (Para).
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”12302,12298,12299,12300,12301,12303,12304,12307,12308,12309,12310,12311,12306,12305,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]