MELAKA: Seramai 1050 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dari 10 Bgd (Para) disertai pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Terendak (MRSM Terendak) dan peserta berbasikal dari MK 3 Div dilepaskan secara berperingkat oleh Panglima 10 Bgd (Para),Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim untuk meneruskan Larian Merdeka TD Zon Selatan (Negeri Melaka) anjuran Markas 10 Bgd (Para) di Padang Pavilion, Terendak .
Sepanjang larian, peserta akan mengibarkan bendera di laluan yang telah ditetapkan yang mana melalui jalan-jalan persekutuan dari Kem Terendak – Tanjung Bidara – Linggi – Port Dickson berjarak 53 km bermula 24 Ogos hingga 25 Ogos 17 dan seterusnya menyerahkan bendera Malaysia kepada formasi Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Turut hadir meriahkan majlis Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap DUN Tangga Batu, Dato’ Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Panglima 3 Div Mej jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Timbalan EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Paya Rumput, YB Datuk Sazali Muhd Din@Muhammad Din, ADUN Tanjung Bidara, YB Datuk Haji Rawi Mahmud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Encik Mohd Fauzi Haji Ariffin dan David Fredrick Chief Executive Officer ALAM.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”12331,12332,12330,12333,12334,12335,12336,12337,12339,12338,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]