SARAWAK: Seramai 150 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (JPN) sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 2 Okt 2017.
Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal.