SemasaSukan

Piala Wira MALINDO Bukan Sekadar Kejuaraan

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Bola Tentera Nasional Indonesia (PS TNI) berjaya membawa pulang Piala Wira MALINDO apabila muncul sebagai juara dalam Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Wira Malindo Ke-32 Tahun 2017 yang mana perlawanan pertama, ATM gagal menghasilkan sebarang jaringan dan dibolosi 3 gol daripada PS TNI manakala perlawanan kedua meskipun ATM berjaya membenam PS TNI 2 berbalas 0 namun tumpas apabila kemenangan berpihak kepada PS TNI dengan agregat 3 – 2 di Stadium KEMENTAH pada 19 Okt 2017.

Acara penutup yang disempurnakan oleh Pengurus Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PB ATM), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor menyampaikan Piala Wira Malindo yang mana ia merupakan satu simbolik diilhamkan oleh panglima kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia ketika itu, Panglima ATM, Jen Tan Sri Dato’ Ghazali Mohd Seth dan Panglima Angkatan Bersenjata, Panglima ABRI Jen TNI Benny Moerdani pada tahun 1985.

Pada masa itu format perlawanan adalah secara timbal balik (home and away) dimana perlawanan pertama diadakan di Malaysia, manakala perlawanan kedua di Indonesia sehingga pada tahun 1986 formatnya diubah dengan dua kali pertandingan dilaksanakan di satu negara bagi menjimatkan masa, tenaga serta kos dan format tersebut dikekalkan sehingga sekarang.

Pada sebelah malamnya, bagi menghargai dan menyambut kedatangan kumpulan delegasi satu majlis makan malam diadakan bagi meraikan 35 orang Tim Delegasi PS TNI yang turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM (KS MK ATM) merangkap Timbalan Presiden PB ATM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal di Hotel Flamingo, Ampang Selangor.

Dalam pada itu, KS MK ATM memberikan ucapan tahniah kepada PS TNI diatas kemenangan yang diraih, seterusnya Ketua Deligasi PS TNI, Brig Jen Dedy Kusmayadi turut menyampaikan ucapan balas dengan menzahirkan ribuan terima kasih di atas layanan yang diberikan oleh ATM kepada beliau dan delegasi semasa kedatangan mereka ke Malaysia serta menyatakan hasrat mereka disini bukan untuk mengejar kejuaraan semata-mata sebaliknya adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala diantara dua negara yang telah terjalin sekian lama melalui bola sepak, umum diketahui sukan paling popular di dunia.

Di akhir majlis turut diadakan acara bertukar-tukar cenderahati diantara PB ATM dan PS TNI.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online