SemasaTrup TD

EX AMAN HORNBILL Siri 1/2017

MELAKA: Seramai empat pegawai dan 106 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Komp C 8 RRD (Para) yang diketuai oleh Kapt Ahmad Azani Ab. Rani telah terlibat dengan EX AMAN HORNBILL Siri 1/2017 mulai 14 Nov hingga 17 Nov 2017.

Latihan ini merupakan latihan bagi menjalankan penugasan Ketenteraman Awam (KA) yang turut melibatkan Pihak Berkuasa Awam (PBA) dalam situasi sebenar.

Eksesais ini melibatkan latihan Titik Kawalan Lalu Lintas (TKLL), Menyuraikan Rusuhan Peringkat Platun dan Kompeni, melaksanakan Rondaan Berkenderaan, Rondaan Bumbung, Menggeledah Rumah Yang Disyaki dan Mengepung & Mencari.

Syarahan Rules of Engagement (ROE) telah disampaikan oleh PS 2 Undang-undang MK 10 Bgd (Para), Kapt Muhammad Taufiq Mespan dimana kesemua latihan ini telah dilaksanakan di sekitar kawasan Kem Terendak.

PS 1 Latih MK 10 Bgd (Para) semasa menyampaikan ucapan telah mengingatkan segala persiapan, perancangan dan latihan setiap peringkat anggota hendaklah diteliti dan dipraktikkan bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam pengendalian melibatkan orang awam dan PBA.

Turut hadir menyaksikan pelaksanaan Eks ialah Lt Kol Azman Md Zain, PS 1 Latih MK 10 Bgd (Para) dan Mej Elnizam Elias, Pemangku Pegawai Memerintah 8 RRD (Para).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online