MELAKA: Seramai tiga pegawai dan 147 anggota Lain-Lain Pangkat dari 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Para) serta beberapa gabungan unit di dalam 10 Bgd Para telah melaksanakan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) pada 22 Okt 2017.
Ujian yang merangkumi 4 Komponen utama iaitu Komponen pertama iaitu Ujian Ketangkasan, setiap anggota perlu memikul pasangan sejauh 100M bersama peralatan webbing dan senjata persendirian dan Merempuh Halangan dengan menggunakan Pakaian Lengkap Medan,Komponen Kedua iaitu Ujian Jalan Laju 15 KM dengan Pakaian Lengkap Medan dibawah tetapan masa 180 minit, Komponen Ketiga Ujian Keyakinan Diri yang merangkumi Abseiling dan Junam Selesa dan Komponen Keempat iaitu Ujian Perapungan di dalam air selama lima minit.
Ujian ini dilaksanakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental serta menilai tahap kecergasan setiap peringkat anggota pegawai mahupun lain-lain pangkat di dalam pasukan.
Ujian Kemahiran Tempur ini juga merupakan ujian terakhir dan ujian penutup di dalam Skema Latihan TD setelah beberapa peringkat ujian dilaksanakan seperti Ujian Kecergasan Asas, Ujian Jalan Laju 5, 8, 12 dan 15km.