MELAKA: Seramai 35 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas Briged Kesepuluh Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Asas Jururadio Rejimen Siri 2/2017 peringkat 10 Bgd para yang disempurnakan oleh Ketua Staf Am MK 10 Bgd Para, Lt Kol Samad Igom pada 24 Nov 2017.
Kursus anjuran 10 Skn RSD (Para) yang diadakan selama dua minggu bermula 13 hingga 24 Nov 2017 ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan memberikan pendedahan kepada anggota dalam aspek pengendalian peralatan komunikasi, elemen KESKOM dan senggaraan peralatan komunikasi.
Pada masa yang sama kursus ini dapat membantu pasukan-pasukan dalam menyediakan anggota yang mampu menjalankan tugasan sebagai seorang jururadio dalam sebarang aturgerak.