Semasa

7 Bgd Bantu Khatan Perdana 35 Anak Veteran

JOHOR: Seramai 35 kanak-kanak telah menyertai Program Khatan Perdana JHEV ATM Johor 2017 dengan kerjasama Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang, Kluang pada 4 Dis 2017.

Acara yang mendapat kerjasama dari MK 7 Bgd itu telah dilaksanakan bersama pasukan Batalion Kedua Perubatan (2 Bn Ubat) Kem Mahkota yang diketuai oleh Peg Memerintah, Lt Kol (Dr) Zulfikar Abd Rahim serta lima pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Selain acara bersiram, kanak-kanak yang terlibat dalam program ini turut diarak ke Surau Taman Sri Lalang dengan paluan kompang serta bunga manggar.

Selain dapat mengisi masa cuti anak-anak veteran ATM, program ini juga dapat menimbulkan keyakinan kepada mereka yang terlibat untuk menjadi insan yang berguna dewasa kelak.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online