MK Latihan & DoktrinSemasa

MK PLDTD Anjur Syarahan Ajaran Sesat

NEGERI SEMBILAN: Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) menganjurkan syarahan bertajuk Ajaran Sesat Semasa dan Terkini di Masjid Kem Segenting pada 8 Dis 2017.

Syarahan disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM Putrajaya, Ustaz Najmuddin Abdul Karim dan antara perkara yang disentuh di dalam syarahan adalah membabitkan isu-isu ajaran sesat yang sedang menular dikalangan rakyat negara ini.

Ekoran pengetahuan agama Islam yang cetek menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh dengan ajaran sesat namun, pada hakikatnya individu yang menjadi dalang di sebalik ajaran sesat mempunyai motif tersendiri demi kepentingan diri sendiri semata-mata yang mana boleh memesongkan akidah serta imej agama Islam di Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengarah Doktrin MK PLDTD, Brig Jen Dato’ Othman Hj Jamal.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online