MELAKA: Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun 10 Skn RSD (Para) telah diadakan di Dewan Serbaguna 3 Div Kem Terendak pada 11 Jan 2018.
Program Derma Darah ini merupakan usaha 10 Skn RSD (Para) bagi memenuhi keperluan Tabung Darah Hospital Melaka dan merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan sempena Hari Ulang Tahun 10 Skn RSD (Para) yang Ke-38.
Program ini turut disertai oleh warga 10 Bgd (Para) dan 3 Div serta berjaya mengumpul sebanyak 135 pek darah bagi membantu keperluan Tabung Darah Hospital Melaka.
Gambar: Kpl Najib Puspana