Pengorbanan

24 Jam Hadapi Detik Kematian – SSjn Samsuddin Hamat(Bersara)

Perpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah yang paling tepat bagi menggambarkan pengalaman SSjn Samsuddin Hamat, 56, yang tiga kali terselamat dalam tempoh 24 jam ketika melaksanakan operasi meronda sempadan Malaysia-Thailand. Namun kaki kanan Samsuddin hancur pada paras buku lali akibat terkena jerangkap samar yang mengakibatkan beliau mengalami pendarahan serius dalam tempoh lebih 21 jam. Sudah jatuh ditimpa tangga, semasa sedang dinaikkan ke helikopter pula, beliau terlepas daripada ikatan tali pengusung.

Ringkas mengenai latar belakang diri, Samsuddin dilahirkan pada 21 Mac 1966 di Parit Haji Napis, Parit Buntar, Perak dan merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Semasa zaman persekolahannya, beliau menanam minat yang mendalam terhadap kerjaya tentera. Ekoran semangat yang menebal, beliau memohon untuk menyertai tentera sejurus tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Bagan Serai. Samsuddin memulakan langkah pertama dengan menjalani latihan ketenteraan selama tiga bulan di Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) pada tahun 1986. Selepas tamat latihan, beliau terus ditugaskan di unit tersebut yang pada ketika itu beroperasi di Kem Tebrau, Johor Bahru.

Mengimbas peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya pada 3 Feb 1989, Samsuddin dan pasukannya yang berkekuatan seramai sembilan anggota ditugaskan melakukan rondaan jarak jauh bagi memusnahkan kubu komunis dalam Operasi KOTA FOXTROT di Hutan Belum, Hulu Perak.

Nasib tidak menyebelahi Samsuddin apabila tersalah langkah dan terpijak jerangkap samar musuh yang tersembunyi di celah akar ketika dalam perjalanan pulang ke pangkalan setelah selesai tugas meronda pada jam 1500. Menurutnya, bunyi letupan kuat menyelubungi sekeliling menyebabkan keadaan kacau bilau dan mengakibatkan beliau melambung tinggi ke udara.

Anggota lain yang tersentak melihat kejadian tersebut, terus serta-merta membuat perlindungan dengan melakukan pertahanan keliling manakala jurutera melaksanakan pembersihan sekitar kawasan jerangkap samar. Memandangkan bantuan agak lambat, Samsuddin terpaksa mengerah segala kudrat yang kakinya sendiri menggunakan bandage dan baju menghentikan tersisa bagi membalut menggunakan loreng demi menghentikan pendarahan. “Saya bernasib baik kerana sementara menunggu bantuan helikopter, anggota perubatan dari pangkalan datang memberi bantuan kira-kira empat jam kemudian. Anggota perubatan memberikan rawatan awal bagi menghentikan pendarahan.

“Sekiranya mereka lewat tiba memberi bantuan, sudah pasti saya mati disebabkan pendarahan yang terlalu banyak akibat kecederaan parah pada kaki kanan, kaki kiri pula turut berlubang makala pipi serta tangan mengalami kecederaan,” kata Samsuddin. Beliau terpaksa bermalam dalam kesakitan di tempat kejadian disebabkan jalan hutan yang berbukit-bukau tidak sesuai membawanya menggunakan pengusung. Tambahan pula makluman daripada radio memberitahu bahawa helikopter akan sampai keesokan hari kerana sudah lewat petang. “Saya merasakan malam yang begitu panjang sambil memikirkan adakah saya dapat bertahan hidup sehingga bantuan tiba esok. Badan mula terasa mengecut, bibir pecah, kulit mengering dan penglihatan menjadi kabur,” jelas Samsuddin dengan nada sebak.

Pada pagi keesokan hari, Samsuddin mula rasa kecewa dan putus harapan apabila diberitahu bahawa helikopter Nuri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dapat mendarat atau menurunkan pengusung kerana menghadapi serangan bertubi-tubi daripada komunis. “Tembakan komunis bertalu-talu ke arah helikopter menyebabkan mereka terpaksa berundur seketika,” ujar Samsuddin.

Pada jam 1200, Samsuddin berasa lega mendapat khabar berita helikopter sekali lagi tiba tetapi mereka tidak dapat mendarat disebabkan keadaan hutan tebal dan terpaksa menggunakan kaedah menurunkan pengusung menggunakan tali. Bagaimanapun, ketika pengusung menghampiri pintu pesawat, tiupan angin kencang yang dihasilkan daripada motor kipas helikopter mengakibatkan pengusung terhuyung- hayang lalu tersangkut pada celah ranting dan lebih malang lagi apabila ikatan pengusung pada tubuhnya terlucut.

“Saya bernasib baik kerana sempat berpaut pada tali beberapa ketika walaupun dalam keadaan sakit dan lemah sebelum ditarik masuk ke dalam helikopter,” katanya yang membawa pulang ibu jari kaki kanannya. Beliau kemudiannya diterbangkan ke Hospital Kubang Kerian, Kelantan bagi menerima rawatan lanjut. Kaki kanannya terpaksa dipotong di paras buku lali bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan racun.

Sebulan kemudian, beliau ditumpangkan ke Hospital Kinrara, Puchong selama 14 bulan bagi mendapatkan rawatan pemulihan sebelum ditempatkan di Jabatan Arah Infantri bagi melakukan tugas kerani tadbir. “Walaupun saya cacat dan terpaksa memakai kaki palsu, saya tidak berasa kesal malah masih bersemangat untuk berkhidmat demi negara dan serta tidak lupa untuk mempelajari kemahiran baharu bagi memastikan diri tidak ketinggalan dalam kerjaya,” katanya.

Semenjak itu, Samsuddin dihantar menyertai pelbagai kursus pengurusan pejabat sebagai pendedahan dan pengetahuan asas pentadbiran. Beliau juga menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Rohaniza Ismail, 56 sejak tanggal 6 Mei 1990. Samsuddin menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2008 di Rejimen 513 Askar Wataniah, Sungai Petani sebagai SSjn dan turut beberapa kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sebelum mengakhiri wawancara, beliau sempat berpesan kepada anggota tentera yang masih lagi berkhidmat agar terus menabur bakti sehingga pencen dan menyayangi organisasi. “Setiap anggota perlulah menghormati dan mematuhi arahan pegawai dan Lain- Lain Pangkat yang lebih kanan daripadanya,” pesan Samsuddin ketika ditemui di kediamannya di Bandar Perdana Taman Ria, Sungai Petani.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online