2 DivMINDEFSemasa

Tranformasi Kebajikan dan Perkhidmatan Anggota ATM Diperkasa

TERENGGANU: Seramai 40 pegawai dan 350 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) hadir dalam sesi dialog sempena Lawatan Kerja Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ke 18 RAMD (Para) pada 22 Jan 2018.

Ketibaan PAT di Dewan Terengganu diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim lalu berjumpa dengan warga 18 RAMD (Para) dan menerangkan beberapa transformasi kebajikan serta penjelasan berkenaan perkhidmatan anggota kini.

Perkara yang di dialogkan adalah berkaitan aspek Skim Anuiti Veteran (SAVe), Skim Berpencen 26 tahun serta Program Perumahan Kerajaan kepada anggota iaitu Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) demi menzahirkan keprihatinan ATM akan kepentingan dan masa hadapan warga tentera apabila bersara kelak.

Dalam ucapan PAT, beliau amat prihatin dan akan senantiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan anggota dan Veteran ATM dimana ianya lebih dikenali dengan jaringan keselamatan sosial dan tranformasi kebajikan ATM.

“Melalui peruntukan satu bilion yang disalurkan oleh pihak kerajaan untuk Veteran ATM yang tidak berpencen berjumlah lebih kurang 234,000 orang, dimana Skim Bantuan Bakti Negara (BBN) diperkenalkan dan diuruskan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), segala dividen akan dibayar untuk Veteran ATM yang tidak berpencen.

“Skim Anuiti Veteran (SAVe) adalah skim bagi membantu anggota tentera yang tidak berpencen mengekalkan taraf sosio ekonomi selepas menamatkan perkhidmatan, kaedah 15% caruman kerajaan kekal dalam akaun LTAT untuk dijadikan modal pelaburan manakala keuntungan pelaburan akan dibayar secara bulanan dan pengurusan dana LTAT adalah entiti yang menguruskan dana serta pelaburan untuk menjana keperluan kewangan tahunan lalu melaksanakan pembayaran,” jelas PAT.

Tambahnya lagi, Sistem SAVe juga akan dibayar seumur hidup kepada Veteran ATM yamg mana caruman tidak boleh dikeluarkan kecuali pencarum meninggal dunia ataupun sebab khas serta bergantung kepada kelulusan LTAT dan jika pencarum meninggal dunia waris akan menerima baki bagi pelaburan pokok dan apa jua dividen yang masih belum dibayar oleh LTAT.

Selain itu, segala opsyen hendaklah dibuat sebelum Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) dengan menandatangani borang opsyen yang mana pencarum tidak dibenarkan menukar opsyen selepas tandatangan persetujuan termeterai serta segala pembayaran SAVe akan dilaksanakan melalui pengkreditan terus ke akaun bank pencarum.

Manakala pelanjutan tempoh perkhidmatan 21 tahun terus ke 26 tahun adalah bertujuan mencapai pencen maksimum 60% serta faedah persaraan yang lebih tinggi dimana konsep perkhidmatan adalah pelanjutan tempoh perkhidmatan melebihi 21 tahun terus ke 26 tahun serta caruman LTAT sendiri diteruskan (force saving) dan sasaran adalah askar laskar angkatan tetap yang mana telah berkuatkuasa pada 1 Nov 2017.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi, Panglima 10 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera, Brig Jen Abdul Hadi Md Sharif.

 

Gambar: PW 2 Mohd Sharil Mat Ali

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online