JOHOR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah meluangkan masa bersama warga Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) di Dewan Utama Kem Majidee, Batu Pahat pada 24 Feb 2018.
Perjumpaan yang diadakan ini merupakan lawatan pertama dalam rangka kerja lawatan MENHAN ke kem-kem tentera seluruh negara.
MENHAN dalam ucapannya telah menekankan kepentingan warga tentera dalam menjaga imej ATM di pandangan masyarakat sebagai organisasi yang paling dipercayai. Selain mengingatkan warga 10 RAMD untuk terus berjuang mempertahankan negara, Beliau juga turut berjanji untuk terus menjaga kebajikan ATM sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang telah dilantik.
Seramai 600 orang warga 10 RAMD telah hadir dalam perjumpaan ini bagi mendengar ucapan dari MENHAN selain mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Panglima 3 Div dan Panglima 7 Bgd.
Selain dapat mendengar dengan terperinci amanat yang disampai oleh MENHAN, program ini juga dilihat dapat menyuntik kembali semangat juang warga ATM untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Gambar: Pbt Mohd Ku’ Adli Azami Hanapiah