JOHOR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) meluangkan masa menziarahi adik Nur Summayah anak kepada SSjn Mohd Hafiz Hashim dari Pasukan 33 RAD bertempat di kediaman anggota di Taman Mewah Yong Peng pada 10 Mac 2018.
Anak PTT Kanan tersebut disahkan menghidap penyakit Billiary Attresia (masalah hati kronik) yang memerlukan pembedahan dilaksanakan di China.
Dalam pertemuan tersebut, PAT meluangkan masa mendengar permasalahan yang dihadapi anggota tersebut dan bantuan yang sewajarnya yang perlu dihulurkan.
Dalam kunjungan ziarah ini juga PAT menyampaikan sumbangan dari ATM bernilai RM 160,000 bagi menampung kos pembedahan anak anggota tersebut.
Melalui kunjungan ziarah dari PAT ini membuktikan kesungguhan Kepimpinan Tertinggi ATM dalam memperjuangkan kebajikan anggotanya yang mana melalui usaha seperti ini juga dapat meningkatkan semangat juang di kalangan anggota ATM untuk terus berbakti kepada negara.
Gambar: Sjn Azwan Pairus Mat Repin