MELAKA: Program Larian tempur dalam pelbagai keadaan mukabumi sejauh 21 kilometer telah diadakan sempena dua tahun Pemerintahan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada 2 April 2018.
Acara melibatkan seramai 1200 peserta dan turut disertai oleh Panglima 10 Bgd Para sendiri, bagi acara berkumpulan Johan kategori unit besar disandang oleh 9 RAMD (Para) manakala unit Kecil dirangkul oleh Kompeni Bantuan (Para), turut dipertandingkan adalah acara individu bagi kategori masa terpantas.
Dalam ucapan, Panglima mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga 10 Bgd Para atas sokongan, kerjasama dan bantuan ke arah meningkatkan keunggulan formasi 10 Bgd (Para) sepanjang tempoh pemerintahan beliau.
Beliau juga menekankan aspek kesatuan, profile Paratrooper yang cergas,tegap,gagah berani, cekap, mahir dan serba berkebolehan dalam apa jua keadaan antara lain beliau juga turut menegaskan kepentingan kawalan dan perintah dari seorang ketua dalam merancang dan melaksanakan pergerakan selain kerjasama dalam kumpulan serta semangat setiakawan.
Gambar: Sel Risik Mk 10 (Bgd) dan Sel Risik Psk dibawah Naungan