KELANTAN: Eks Haringgaroo Siri 69/2018 telah melabuhkan tirainya secara rasmi oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar di Kg Relak, Jeli pada 12 Apr 2018.
Ketua Perbarisan semasa Upacara Penutup ini adalah Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS), Lt Kol Rosezaimee bin Abdullah. Kontinjen yang terlibat dalam perbarisan ini terdiri daripada 1 RS, 1 x Platun dari Rej 506 Askar Wataniah dan Kom RBC dari Tentera Darat Australia (TDA) selaku pasukan pelaku biru (blue force). Manakala Staf Perancang Eksesais dan Pengendali Eksesais dari 2 RS dan 1 x Kom dari 4 RS selaku musuh. Tim wasit terdiri dari unit-unit di bawah naungan 8 Bgd dan tim simulasi dari 7 Skn RAJD.
Turut hadir mengiringi Panglima 2 Div semasa Upacara Penutup adalah Lt Col Paul Sanderson, Pegawai Staf Gred 1 Malaysia Australia Joint Defence Program (MAJDP). Panglima 2 Div dalam ucapannya telah menzahirkan perasaan sukacita dan bangga dengan pencapaian pasukan 1 RS yang terlibat secara langsung dalam latihan bilateral antara TDM dan TDA ini. Eks ini merupakan satu pengiktirafan kepada Kor RS untuk terus unggul dalam pasukan TDM setanding dengan pasukan infantri yang lain walaupun usia penubuhan baru menjangkau 10 tahun.
Dalam ucapannya juga, Panglima 2 Div amat kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh RCB dari TDA yang mampu melaksanakan misi yang diberi serta dapat menyesuaikan diri dalam bentuk muka bumi dan cuaca di Malaysia. Panglima 2 Div juga berkesempatan untuk melihat sendiri prosedur tempur, penyampaian perintah serangan khemah sementara musuh dan pelaksanaan serangan ke atas khemah sementara musuh oleh pasukan gabungan TDA dan TDM.
Turut hadir dalam Upacara Penutup ini ialah Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim bin Aman Shah, Pegawai Staf Gred 1 Latih dari MK PMBTD, Lt Kol Mislani bin Auverto @ Suwarto, Pegawai Memerintah 2 RS, Lt Kol Mohd Zamri bin Zakaria, wakil dari 2 Div dan 30 Bgd serta anggota LLP kedua-dua buah negara.
Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh