MELAKA: Mesyuarat ACAMM & ASMAM WORKING GROUP – AARM TECHNICAL MEETING 2018 yang diadakan di Hotel The Pines mula bersidang pada 9 Mei 2018.
Mesyuarat ACAMM & ASMAM WORKING GROUP dipengerusikan oleh Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor memandangkan MK 4 Div merupakan penganjur bagi persidangan ACAMM & ASMAM.
Sementara mesyuarat AARM TECHNICAL MEETING pula dipengerusikan oleh Kol Bantuan Tempur MK Medan Barat TD, Kol Noor Sazali Puteh mewakili MK PMBTD selaku penganjur bersama MK 3 Div untuk AARM 2018 nanti.
Adalah diharapkan agar mesyuarat ini dapat mencapai kata putus dan kesepakatan untuk memastikan ACAMM, ASMAM dan AARM 2018 yang akan berlangsung pada bulan November 2018 berjalan lancar.
Gambar: Sel PRTD