3 DivSemasa

Persaraan SMR 3 Div

MELAKA: Perkhidmatan 26 tahun Sarjan Mejar Rejimen 3 Div, PW 1 Mazlan Osman, berakhir pada 14 Mei 2018.

Beliau yang akan memulakan cuti peralihannya mulai 17 Mei 2018, telah diraikan di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas SMR 3 Div yang diadakan di perkarangan MK 3 Div, Kem Terendak.

Beliau telah menyerahkan tugas selaku SMR 3 Div kepada SMR MK KP 3 Div, PW 1 Nik Azhar Nik Omar, yang akan memangku jawatan tersebut sehingga penghujung bulan Jun nanti.

Serah Terima Tugas ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK 3 Div, Kol Zambery Jeffery Hj Darus, Ketua Staf dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PW1 Mazlan di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan selama menjawat jawatan SMR 3 Div.

Sementara itu, seluruh anggota juga diminta untuk memberikan kerjasama padu kepada PW 1 Nik Azhar di sepanjang beliau memangku tugas SMR.

Turut hadir Pegawai-pegawai Staf MK 3 Div dan SMR-SMR Trup Div.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online