4 DivSemasaSukan

Karnival Sukan 4 Div Dan Perasmian Gelanggang Sukan Kem Wardieburn

KUALA LUMPUR: Karnival Sukan 4 Div Tahun 2018 diadakan di Kem Wardieburn, Setapak selama 2 hari dan disertai oleh 3 pasukan iaitu Trup 4 Div, 11 Bgd dan 12 Bgd pada 1 dan 2 ogos 2018.

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Merentas Desa, Road Relay, Sepak Takraw, Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring.

Acara Penutup Karnival Sukan 4 Div dimulakan sejurus ketibaan Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Gelanggang Sukan Kem Wardieburn dan diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Panglima turut merasmikan Gelanggang Sukan Kem Wardieburn.

Trup 4 Div memenangi Keseluruhan Terbaik di dalam karnival tersebut.

Di dalam ucapan Panglima, beliau berharap agar 4 Div dapat menjadi Juara di dalam sukan peringkat Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pada tahun ini.

Turut hadir, Panglima 11 Bgd, Brig Jen (Dr) Mohd Radzi Abd Hamid, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran dan Pegawai-pegawai Kanan 4 Div.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online