Bersama PemimpinMK TDSemasa

TD Bakal Terima Helikopter Baru

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi memaklumkan bahawa Tentera Darat akan memperolehi enam helikopter tempur jenis ringan model MD 530-G secara berperingkat pada tahun hadapan  dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 5 Sep 2018.

Menurut beliau, pihak TD akan melakukan beberapa percubaan pemanduan terlebih dahulu dan sekiranya pihak TD berpuas hati dengan ujian yang dilaksanakan, barulah helikopter buatan McDonnell Douglas yang berpangkalan di Amerika Syarikat akan dibawa pulang ke Malaysia.

“Buat masa sekarang, TD masih mampu melaksanakan operasi dengan menggunakan aset-aset yang sedia ada dan tiada gesaan terhadap pihak kerajaan untuk perolehan aset dalam masa terdekat kerana aset sedia ada masih memadai” jelas PTD.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Stephen Mundaw dan AKS OPLAT, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran.

Gambar: Sjn Saiful Fazley

 

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online