MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas 10 Briged Para (MK 10 Bgd Para) pada 16 Nov 2018.
Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Fadzly Mohd Yasin di Padang Kawad Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para).
Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai seterunya sesi bergambar dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK 10 Bgd Para untuk mendengar taklimat lawatan.
Seterusnya PTD dibawa ke Para Integrated All Weather Multi Mission Range (PIAW) bagi menyaksikan persembahan tembakan oleh warga 10 Bgd Para.
Serba ringkas berkenaan PIAW adalah Lapang Sasar pelbagai guna yang selamat, lengkap dengan pelbagai kemudahan fasilitas serta alat bantuan latihan menembak bagi setiap warga 10 Bgd (Para) dalam mengekalkan serta meningkatkan keupayaan kemahiran pengendalian senjata dan kepakaran menembak.
Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan menandatangani Buku Lawatan Kerja.
Turut hadir Ketua Pengarah Cawangan Operasi dan Latihan, Brig Jen Dato’ Haji Muhammad Anwar Abdullah dan pegawai kanan TD.
Gambar: SSjn Vijay Gaunder Arikrishnan