Bersama PemimpinSemasa

Wisma Bintara ATM Lengkapkan Kemudahan Para PTTK

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz menzahirkan setinggi-tinggi syukur dan terima kasih kepada Perdana Menteri serta kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas keprihatinan melengkapkan kemudahan para Bintara ATM.

“Seperti kata pepatah, orang membeli kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, saya amat mengharapkan agar penghuni Wisma Bintara ini nanti menghargai dan mendiami kemudahan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, memastikan segala peralatan yang ada dijaga dengan penuh hemah dan dihargai sewajarnya agar ia kekal lama untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

“Pembinaan Wisma Bintara jelas merupakan suatu menifestasi sokongan jitu serta pengiktirafan pihak kerajaan dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) terhadap kepentingan ATM sebagai perisai negara, khususnya kepada para Bintara yang menjadi tulang belakang ATM dalam memastikan maruah dan kedaulatan negara tidak tercela atau dibolosi musuh.

“Yang pastinya pengorbanan, pengabdian serta perjuangan saudara saudari sentiasa dipandang tinggi oleh pihak kerajaan di mana KEMENTAH bersama ATM sentiasa berganding bahu dan teguh bersatu bagi memastikan perisai pertahanan negara terus berkembang dan ampuh.

“Pembangunan dan pemodenan ATM terus diperjuangkan bukan sahaja dalam aspek pemodenan aset ketenteraan bahkan juga dalam aspek kebajikan dan keselesaan warga ATM keseluruhannya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Wisma Bintara ATM di Dewan Wisma Bintara ATM pada 28 Jan 2022.

Tambah Timbalan Menteri Pertahanan lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyumbang sebanyak RM 30 juta dalam projek pembinaan dan infrastruktur Wisma Bintara di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR) di mana pembinaan tersebut telah berjalan dengan lancar dan wisma dapat didiami dengan selesa.

Wisma Bintara ATM telah ditubuhkan pada 1978 di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur di mana penubuhan wisma ini sejajar dengan transisi kuasa pemerintahan tentera daripada HQ Malaya Command oleh pihak British kepada HQ Armed Forces milik Kerajaan Malaysia.

Ianya berperanan sebagai organisasi yang menyediakan kemudahan penginapan, sajian, riadah, sosial dan perkhidmatan hospitaliti kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) ATM yang berkhidmat di KEMENTAH.

Wisma Bintara ATM yang lama telah dirobohkan pada tahun 2013 bagi rancangan pembangunan yang baharu. Bagi PTTK yang menghuni di situ telah ditumpangkan sementara di Blok F, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Desa Pasifik Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Rancangan pembinaan bangunan wisma yang baharu telah dicetuskan semula pada tahun 2015 bagi menampung peningkatan keperluan penginapan bagi PTTK yang bertugas di KEMENTAH. Acara Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di tapak lama Wisma Bintara ATM pada 27 Sep 2016.

Bangunan Wisma Bintara ATM yang baharu mula dibina pada 3 Jul 2017 dengan kos pembinaan adalah sumbangan daripada pihak LTAT dan telah siap dibina pada 28 Dis 2020. Wisma ini mula beroperasi pada 16 Jan 2021 dengan keahlian seramai 1,700 ahli.

Wisma Bintara ATM menyediakan 200 bilik penginapan yang selesa meliputi 70 bilik jenis A dikhaskan untuk Pegawai Waran setaraf manakala selebihnya 130 bilik jenis B diperuntukkan untuk PTTK berpangkat Sjn dan SSjn.

Wisma ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan moden termasuk surau, dewan banquet, gelanggang sukan, gymnasium, ruang istirehat dan lain-lain kemudahan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mewakili Panglima Angkatan Tentera, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Zakaria Mohd Yadi, Pengerusi LTAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (B) dan Pengerusi Perbadanan Perwira Harta Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin (B).

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online