Semasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 28 Jan 2022.

Seramai dua pegawai kanan dinaikkan pangkat didahului Kol Sharudin Mohd Noh yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jurutera, Jabatan Arah RAJD.

Sementara itu turut dinaikkan pangkat yang sama ialah Lt Kol Rohaizam Hj Rahmat yang dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Sempadan Thailand, Bahagian Sempadan Darat, Majlis Keselamatan Negara.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencurah bakti terbaik kepada negara.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohammad Ab Rahman, Pemangku Panglima Medan Barat, Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran, Pengerusi Kor RAJD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redwan dan Komander Jurutera Medan Barat, Brig Jen Ir Abdul Hamid Mohd Isa.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon dan Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online