KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah selaku Kol Yang DiPertua Kor Kesihatan Diraja (KKD) berkenan berangkat ke Institut Perubatan Penerbangan (IPP), Pangkalan Udara Subang pada 25 Sep 2019.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.
Sejurus ketibaan, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin menandatangani plate lawatan lalu diberi sembah taklimat operasi dan taklimat keupayaan Pesawat A400M.
Seterusnya baginda dibawa ke fasiliti IPP bagi demonstrasi ejection seat yang dilakukan oleh juruterbang dari No 11 Skn, Mej Mohd Jamil Awang TUDM, melawat ke Altitude Hypobaric Chamber serta berangkat melihat Pusat Penyelidikan Latihan Simulator G (PLUSS G) dan High Performance Human Centrifuge (ATFS 400).
Selain itu, baginda berkenan melihat demontrasi konfigurasi Aeromedical Ecavuation diiringi taklimat ringkas serta susun atur pesakit serta peralatan yang digunakan dalam penugasan di dalam pesawat A400M.
Turut hadir Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Komander Pangkalan Subang, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM, Pengarah Perubatan, Mej Jen Dato’ (Dr) Zulkefeli Jusoh serta pegawai kanan ATM.
Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya