KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Risik Diraja (KRD), Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan mahukan warga KRD sentiasa memelihara penampilan imej dan etika kerja yang terpuji dalam memastikan agenda Transformasi KRD terus berlaku dengan peredaran zaman.
Aspek ini penting untuk mengangkat martabat organisasi KRD disamping mengukuhkan keyakinan TD dan ATM dimana tanggungjawab KRD yang semakin meluas dalam organisasi ATM mahupun hubungan dengan agensi keselamatan kerajaan yang lain.
Beliau berkata demikian semasa ucapanya dalam Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Jubli Emas Kor Risik Diraja bertempat di Wisma Perwira ATM pada 30 Nov 2019.
Selain itu beliau mahukan warga KRD sentiasa cekal bekerja di bawah tekanan kerana situasi keselamatan dan keperluan semasa yang tidak menentu menuntut komitmen yang tinggi pada masa hadapan.
“Sebagai pemimpin kita perlu menguruskan tekanan dan kekangan yang dihadapi sesuai dengan objektif dan keperluan tugas yang perlu dicapai tanpa kita hilang fokus dan hala tuju.
“Dalam hal ini adalah penting untuk kita menentukan pengurusan masa dan aspek-aspek kepimpinan lain seperti priority, delegation, instruction and monitoring of works sentiasa dilaksanakan secara berkesan,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau mengingatkan elemen negatif harus dihindarkan iaitu sifat pengkhianat dan hasad dengki yang boleh memecah belahkan warga KRD.
Terdahulu acara MMR Jubli Emas KRD dimulakan dengan gimik pembukaan tayangan video serta aksi anggota KRD melaksanakan sesuatu misi khas membawa menu MMR dan diberikan kepada Pengerusi KRD.
Acara kemudianya diteruskan dengan Minum Ucap Selamat kepada SPB YDP Agong, MMR, memotong Pulut Kuning dan penyampaian cenderahati kepada pegawai Dining Out.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Ahmad Norihan Jalal, Ketua Unit Khas Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin dan Pengarah KRD, Kol Hj Idros Hj Muhammad.
Gambar: Saifun Hakimi Zainon
[custom-facebook-feed album=3091856210843273]