Semasa

Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan RAJD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Awam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Brig Jen Ir Ruslan Sulaiman yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 2 Mac 2022.

“Sepanjang perkhidmatan beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga serta sentiasa komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Saya menyarankan ketokohan dan kecemerlangan yang beliau tunjukkan diteladani oleh seluruh warga RAJD agar dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing sekaligus membantu RAJD kekal sebagai sebuah kor yang unggul dan kredibel,” jelasnya.

PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Brig Jen Ir Ruslan Sulaiman di Padang Kawad Batu Kantomen pada 28 Jan 2021.

Brig Jen Ir Ruslan Sulaiman telah mula berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ditauliahkan sebagai Lt di dalam RAJD pada 1 Sep 1983 dan berkhidmat selama hampir 39 tahun dengan menyandang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat (TD) dan ATM di mana jawatan terakhirnya adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Awam RAJD.

Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan seramai 15 pegawai dan 197 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Staf Satu Gerak, Jabatan Arah RAJD, Lt Kol Muhamad Salim Mohamad.

Sejurus tamat perbarisan, PTD kemudiannya bergerak ke Wisma Perwira RAJD bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Brig Jen Ir Ruslan Sulaiman.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohammad Ab Rahman, Pemangku Panglima Medan Barat, Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran, Pengerusi Kor RAJD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redwan dan Komander Jurutera Medan Barat, Brig Jen Ir Abdul Hamid Mohd Isa.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon dan Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online