5 DivBersama PemimpinKebajikanLawatanMK Medan TimurMK TDTentera Bersama Rakyat

Iftar Warga 5 Div Bersama PTD

SABAH: Warga Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) hadir dalam Majlis Iftar 5 Div bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain yang dianjurkan oleh Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) bertempat di perkarangan Masjid As-Salam pada 18 Apr 2022.

Terdahulu, ketibaan PTD disambut oleh Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim Khalid sebelum diteruskan dengan tembakan meriam dari Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) bagi simbolik acara berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, PTD bersama pegawai dan anggota bergerak ke Masjid As-Salam untuk menunaikan solat Magrib, Isyak dan Tarawih yang dipimpin oleh Pegawai Agama MK 5 Div.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 26 penerima terdiri daripada mualaf, asnaf dan anak-anak yatim bawah naungan 5 Div yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Seri Zainuriah Hj Mustapha.

Turut hadir, Panglima 5 Bgd, Brig Jen Saiful Bahari Zainol dan Panglima 13 Bgd, Brig Jen Suhaimi Hj Shamsuddin.

Gambar: Pbt Muhamad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online