Bersama PemimpinSemasa

Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR:  Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD melibatkan perjawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian TD (BPP TD), Pengerusi Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Pengerusi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 29 Ogos 2022.

Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugas AKS P&P di antara Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid dan Mej Jen Ahmad Abu Bakar diikuti Serah Terima Tugas Ketua Pengarah BPP TD di antara Mej Jen Ahmad Abu Bakar dan Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun.

Acara diteruskan lagi dengan menyaksikan Serah Terima Tugas Pengerusi RSD di antara Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin Talha dan Brig Jen Tuan Azharan Tuan Putra manakala Serah Terima Tugas bagi perjawatan Pengerusi KPTD pula berlaku di antara Brig Jen Dato’ Haji Mislan Anuar dan Brig Jen Abd Wahab Geoh. 

Sesi terakhir acara ini berlaku di antara Brig Jen Dato’ Ir Haji Khairul Said Haji Mohd Ali dan Brig Jen (Dr) Ir Haji Shahril Ahmad selaku Pengarah KJLJD baharu. 

Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota tersebut. 

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bersama isteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr.) Zulkeffeli Mat Jusoh bersama isteri.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online