Bersama PemimpinSemasa

PM Rasmi Segmen Maritim LIMA ‘23

KEDAH: Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan acara Gracing Ceremony di Segmen Maritim Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA ‘23) bertempat di Resorts World Langkawi (RWL) pada 23 Mei 2023.

Terdahulu, ketibaan PM disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Segmen Maritim LIMA ‘23.

Acara pelancaran bermula dengan gimik perasmian dan demonstrasi bot maritim yang mempamerkan pergerakan taktikal aset-aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Perikanan Malaysia.

Selain itu, demonstrasi keupayaan maritim turut diperlihatkan dengan konsep Inter-Agency Coordinated Rescue Mission (demonstrasi menyelamatkan tebusan) yang mempamerkan aksi dan kepakaran gabungan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) APMM, Unit Gempur Marin PDRM serta Jabatan Laut Malaysia.

Adegan terakhir menyaksikan Fly-Past atau terbang lintas hormat dan Sail-Past yang melibatkan aset udara serta permukaan yang terlibat sepanjang sesi demonstrasi sebagai penghormatan kepada para tetamu utama yang hadir.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi, Pbt Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online