Bersama PemimpinSemasa

13 Pegawai Kanan, Lapan Pegawai Sukarela dan Kehormat Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan merakamkan setingggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai yang dianugerahkan dan dinaikkan pangkat.

Beliau menegaskan bahawa kenaikan pangkat ini bukan sekadar penghargaan peribadi, tetapi simbol kecemerlangan yang diraih melalui pematuhan terhadap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.

“Barisan kepimpinan Tentera Darat (TD) yang telah dilantik hendaklah bekerja keras bagi menyediakan pegawai dan anggota yang berkemahiran tinggi demi memastikan keupayaan modal insan yang mapan lagi berdaya kognitif.

“Selain itu, pegawai-pegawai sukarela TD pula perlulah bijak menggunakan autoriti yang diberikan untuk merangsang tenaga kerja sivil yang kondusif demi menarik minat golongan pakar dan profesional di kalangan orang awam untuk berkhidmat.

“Dengan komitmen, keikhlasan dan kerjasama semua pihak, TD akan menjadi angkatan yang disegani dan dapat menghindari perkara-perkara negatif yang mencemarkan imej serta kredibiliti angkatan ini,” pesan PTD.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Sukarela TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 15 Ogos 2024.

Majlis ini menyaksikan seramai empat pegawai menerima penganugerahan tauliah Kol Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan (ASP) manakala seramai 13 Pegawai Kanan TD dinaikkan pangkat ke Lt Kol diikuti dua pegawai dianugerahkan tauliah Lt Kol Kehormat dalam ASP dan diakhiri dengan seorang pegawai sukarela Askar Wataniah (AW) dinaikkan ke pangkat Mej serta seorang pegawai dianugerahkan tauliah Mej Kehormat dalam ASP.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online