Bersama PemimpinLawatanMINDEF

Lawatan Balas MENHAN Republik Turkiye

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyambut lawatan rasmi rakan sejawatnya dari Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama (TYT) Yasar Guler di Dataran Wisma Pertahanan pada 20 Ogos 2024.

Lawatan ini merupakan kunjungan balas setelah lawatan rasmi pertama MENHAN ke Ankara pada 11 Jun 2024.

Sejurus ketibaan MENHAN Republik Turkiye, beliau menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Muhammad Fikri Senan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan antara Malaysia dan Turkiye yang telah terjalin sejak 1985.

Dalam rangka lawatan ini, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai aspek kerjasama pertahanan termasuk komitmen dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

Selain itu, kunjungan hormat ini juga telah mencapai persetujuan kedua-dua pemimpin merangkumi mengukuhkan dan memperluaskan kerjasama pertahanan dua hala melalui Memorandum Persefahaman (MoU) baharu dalam Kerjasama Pertahanan yang akan bertindak sebagai penaung bagi memudahkan kedua-dua kementerian dan angkatan tentera dalam pelbagai konteks kerjasama.

Seterusnya, kedua-dua negara turut meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dalam tahap kebolehoperasian dan ketersediaan kedua-dua angkatan tentera dalam semua domain, iaitu darat, laut, udara, siber, AI dan perkongsian risikan.

Lawatan ini mencerminkan ikatan pertahanan yang semakin kukuh antara Malaysia dan Turkiye di mana kedua-dua negara komited untuk terus mempererat hubungan demi keselamatan dan kestabilan serantau.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham Ishak dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: LKpl Mohamad Shukri Suhaimi, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir dan Pbt Nananatasha Ngadan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online