Bersama PemimpinSemasa

Jelajah LTAT Melabuhkan Tirai

JOHOR: Menteri Pertahanan (MENHAN), menghadiri acara Jelajah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Peluncuran Buku Laporan Pencarum LTAT 2023 ‘Demi Wira Kami’ bertempat di Dewan Mahkota, Kluang pada 6 Sep 2024.

Program ini menjadi landasan utama bagi LTAT untuk menyantuni dan meningkatkan keterlibatannya dengan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh LTAT kepada Pencarum.

Majlis diteruskan lagi dengan peluncuran Laporan Pencarum LTAT 2023, sebuah laporan komprehensif yang julung kali diterbitkan bertujuan untuk membantu anggota ATM memahami dengan lebih baik peranan dan tanggungjawab LTAT serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan sosio-ekonomi warga ATM.

Dalam ucapan MENHAN, beliau menegaskan, “Kementerian Pertahanan komited untuk melindungi kesejahteraan sosio-ekonomi dan perlindungan sosial anggota ATM selepas perkhidmatan mereka.

Pengorbanan dan dedikasi anggota ATM adalah asas pertahanan negara dan dengan sokongan kolektif, saya yakin Malaysia akan terus aman, makmur dan dihormati di peringkat antarabangsa serta akan terus mendukung usaha LTAT dalam memastikan simpanan persaraan anggota ATM terus berkembang dengan mampan, demi kehidupan persaraan yang selesa dan terjamin.

Program ini dimeriahkan lagi dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) juga turut menyampaikan sumbangan chromebook yang ditaja oleh BHPetrol kepada anak-anak warga ATM yang menduduki SPM pada tahun ini.

Ianya merupakan kerjasama antara YLTAT dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan seramai 969 anak-anak warga ATM calon SPM 2024 yang bersekolah di luar kem seluruh negara untuk mengikuti program
rintis tuisyen dalam talian, e-Perkasa SPM dengan menggunakan chromebook tersebut.

Selain itu, sumbangan kebajikan turut dipanjangkan kepada anggota ATM dan keluarga mereka yang menghidap penyakit kronik dan OKU yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Sumbangan kebajikan ini mencerminkan keprihatinan kementerian dan bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat.

Acara diakhiri dengan melawat tapak pameran yang diadakan disekitar dewan Mahkota.

Turut hadir, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Isham Ishak, Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Panglima Briged Ketujuh Infantri, Brig Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online