Bersama PemimpinSemasa

Pemakaian Pangkat Tanda Amanah Lebih Besar – PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengingatkan para pegawai yang dinaikkan pangkat agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab kerana semakin tinggi pangkat, semakin besar beban tugas harus dipikul.

Menurut beliau, pemakaian pangkat ini bukan sekadar simbol tradisi ketenteraan tetapi menandakan bahawa seseorang pegawai kini memikul tanggungjawab yang lebih besar.

“Bayangkan sebuah organisasi bukan sahaja ampuh di medan tempur, tetapi juga cekap menguasai teknologi moden serta tajam daya pemikiran anggotanya.

“Setiap keputusan yang anda buat, setiap arahan yang diberikan adalah langkah untuk membina sebuah institusi yang bukan sahaja dihormati, tetapi juga menjadi inspirasi kepada setiap lapisan pemerintahan,” tegas PTD dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Sep 2025.

Dalam nada yang sama, PTD turut mengingatkan Pegawai Tauliah Kehormat dan Sukarela bahawa pangkat yang dianugerahkan bukanlah sekadar penghias seragam, sebaliknya menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul apabila negara memerlukan khidmat mereka.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 36 pegawai dinaikkan pangkat didahului dengan pemakaian pangkat Brig Jen melibatkan enam pegawai iaitu Kol Mohd Adlan Adnan yang kini menyandang jawatan Ketua Jabatan Farmasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM).

Pegawai lain yang turut dinaikkan ke pangkat Brig Jen adalah Kol (Dr) Siti Zulaili Zulkepli yang menjawat jawatan sebagai Pakar ENT di 96 HAT diikuti Kol (Dr) Che Hasnura Che Hassan menjawat jawatan sebagai Pakar O&G/Ketua Jabatan HAT TM, Kol (Dr) Saiful Anuar Ju@Ju Ahmad menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan di MK PMTTD dan Kol Sukcha Din Tawan menjawat jawatan Inspektorat Jeneral Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) manakala Kol Hj Ridzwan Shoib dinaikkan pangkat Brig Jen (Sukarela).

Selain itu, seramai 12 pegawai dinaikkan ke pangkat Kol termasuk Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman yang dianugerahkan Tauliah Kol Kehormat.

Majlis berkenaan juga menyaksikan seorang pegawai dipakaikan pangkat Mej (Sukarela), dua pegawai dianugerahkan Tauliah Mej Kehormat dan 15 pegawai lain dinaikkan ke pangkat Lt M untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di HAT TM serta 96 HAT.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.

Gambar : Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online