Tag: PMTTD

  • Majlis Hari Raya Aidilfitri 9 Bgd

    SARAWAK: Dianggarkan seramai 1,200 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang bertugas di bawah Markas Briged Kesembilan (MK 9 Bgd) bersama keluarga menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disempurnakan oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli bin Hj Mustaffa pada 9 Jul 2017 bertempat di Dewan RASCOM Kem Batu 10, Jalan Oya Lama, Sibu.

    Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga 9 Bgd dan penyampaian duit raya oleh Panglima 9 Bgd kepada 30 anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Desa Kemunyang, Sibu.

    Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar bersama isteri, Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin bersama isteri, ahli-ahli veteran dari Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Sibu serta agensi-agensi setempat.

    [jaw_gallery gallery=”11392,11384,11385,11386,11387,11388,11389,11390,11391,11393,11394,11395,11396,11397,11398,11399,11400,11401,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Majlis Berbuka Puasa Bersama PMTTD

    SARAWAK: Seramai 400 warga 9 Briged hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar serta isteri, Datin Noraihan Ibrahim di perkarangan Masjid Al – Hidayah, Kem Oya pada 21 Jun 2017.

    Dalam ucapannya beliau berpesan kepada anggota yang bertugas agar meningkatkan tahap keselamatan dari semua aspek dan berharap warga 9 Briged yang pulang menyambut aidilfitri sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampung serta mematuhi peraturan jalan raya.

    PMTTD juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga 9 Briged kerana menjayakan perlaksanaan Mobile Outreach Programme dan Mobile Youth Transformation Vocational Programme oleh warga Tentera Darat kepada rakyat tempatan di Bumi Kenyalang.

    Beliau juga menyatakan penghargaan kepada komitmen serta peranan anggota yang berada di kawasan operasi selain berasa bangga terhadap Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja yang terlibat dengan OP Daulat pada tahun 2013 kerana telah dicalon dengan penganugerahan ‘Battle Honour’ semasa perbarisan panji-panji yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

    Pada masa yang sama PMTTD juga telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Yayasan Renjer untuk anggota-anggota veteran yang tercedera semasa pertempuran semasa zaman komunis, warga balu serta para isteri dan anak yang mempunyai penyakit kronik.

    Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa, Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Haji Fadzil Tajudin serta semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah.

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR:  Seramai 24 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat dinaikkan pangkat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Transit pada 9 Jul 2015.

    Pemakaian pangkat di dahului oleh Kol Adnan Hj Ariffin yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Sumber Manusia MK TD manakala Kol Zaharin Jamel turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Semboyan MK Pemerintahan Medan Barat.

    Bagi kenaikkan pangkat Lt Kol ke Kol seramai lima pegawai kanan dinaikkan pangkat didahului oleh Lt Kol Romainor Mohamed dan 17 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej Ke Lt Kol didahului oleh Mej Taufan Dato’ Paduka Hj Ghazali.

    Pada masa sama PTD turut memakaikan pangkat Lt kepada tiga pegawai sukarela Askar Wataniah di dahului oleh Kpl Jakim Yusuf yang urut dihadiri oleh Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.