Profil Pasukan

Tranformasi Wisma Transit Kuala Lumpur Bertaraf Hotel Terkemuka

Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) merupakan sebuah kompleks yang menyediakan kemudahan transiti antara Wilayah I dan Wilayah II serta hospitaliti kepada semua anggota tentera daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk keluarga dan staf awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan. Kemudahan hospitaliti yang disediakan meliputi aspek penginapan, sajian, pergerakan ke Terminal Udara dan turut berfungsi dalam membantu penganjuran seminar, bengkel dan mesyuarat yang dilaksanakan oleh mana-mana Markas/Unit/ Pasukan di bawah naungan ATM. Bagi aspek transiti di Wilayah II pula, terdapat pasukan transit dan pelabuhan yang beroperasi dalam menguruskan pergerakan di Sabah dan Sarawak namun jumlah transitis yang dikendalikan adalah tidak sebesar kapasiti di WTKL.

Sejarah WTKL bermula pada 15 Jul 1966 apabila pasukan 673 Kem Transit Kuala Lumpur diwujudkan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum dikenali sebagai Pasukan Kem Transit Pertama PPM Kuala Lumpur. Pasukan ini terpaksa beberapa kali berpindah iaitu sehingga tahun 1968 berada di Jalan Ampang, kemudian bertukar ke Height Gate pada tahun 1971 dan akhir sekali pada tahun 1972 berpindah semula ke Jalan Ampang.

Ketika itu, Kem Transit hanya dilengkapi dengan prasarana serba sederhana seperti bangunan kayu tanpa pendingin hawa dengan berkapasiti seramai 25 keluarga dan 100 anggota bujang manakala keperluan semasa Tentera Darat (TD) pada ketika itu mengalami peningkatan jumlah transitis sehingga 50 keluarga dan 400 anggota bujang. Pergerakan anggota juga menggunakan kemudahan pesawat udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kemudahan feri. Kekangan yang dihadapi menyebabkan sebuah kompleks Transit Kuala Lumpur baharu dibina dengan keluasan tapak seluas 5.178 hektar yang menempatkan Rejimen 515 Askar Wataniah dan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD). WTKL mula menduduki bangunan baharu di Kompleks Transit, Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur pada Nov 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada Jan 2009. WTKL telah melalui beberapa transformasi seiring dengan era pemodenan TD.

Kompleks ini menyediakan servis hospitaliti bertaraf hotel berserta bilik penginapan sebanyak 287 dilengkapi bilik air dan pendingin hawa sekaligus mampu menampung sebanyak 762 penghuni pada satu-satu masa. Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah dewan syarahan, bilik bincang, bilik taklimat, dewan makan dan kemudahan riadah kepada para transitis.

Kini, sejak di bawah teraju Pegawai Memerintah keempat, Kol Mohamad Ismail Kamarudin, WTKL terus beroperasi berlandaskan slogan ‘Keselesaan Anda: Keutamaan Kami’ yang sudah diterapkan dalam diri seluruh warga pasukan bagi menggalakkan setiap individu termasuk staf awam berganding bahu dan mengembleng tenaga bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pengurusan tadbir secara moden dengan menggunapakai sebanyak 13 sistem yang dibangunkan menjadi tunjang kepada urus tadbir pasukan untuk memantapkan pengurusan pergerakan, pentadbiran, latihan dan logistik. Pemantapan tadbir urus ini sekaligus mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi.

WTKL beroperasi dengan jumlah kekuatan seramai lima pegawai dan 76 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta mempunyai tiga cawangan utama iaitu Cawangan Hospitaliti yang bertanggungjawab menguruskan Front Management manakala Cawangan Pergerakan berperanan dalam menguruskan pergerakan anggota dan kargo, diikuti Cawangan Logistik yang menjadi tulang belakang kepada keseluruhan operasi.

Kol Ismail mengakui bahawa antara cabaran besar adalah memastikan setiap perubahan yang dilakukan kekal efektif dan diterima pakai oleh semua lapisan staf sama ada di peringkat pegawai mahupun anggota. Pepatah inggeris ada mengatakan ‘Change is hard. Leading change is challenging. Therefore, we must sufficiently prepare for it to make sure it is sustainable, acceptable and effective’. WTKL turut mengalami cabaran dalam memastikan semua bilik penginapan dan fasiliti yang berusia 13 tahun dapat beroperasi dengan baik dan kesiagaan berada pada tahap 90 peratus meskipun struktur bangunan yang semakin uzur memberi kesan kepada sistem pendawaian elektrik, saluran air, kebocoran dan kerosakan perabot.

Oleh itu, WTKL merangka Pelan Pembangunan lima tahun (2021-2025) yang dijadikan sebagai asas kepada perancangan dalam pembangunan prasarana di WTKL. Fokus utama pelan tersebut adalah memastikan pelestarian dan keselesaan anggota seiiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga. Bagi jangka masa tahun 2023 hingga 2025, pasukan WTKL menumpukan kepada penyelenggaraan bilik penginapan, sajian dan perabot.

Pegawai Memerintah WTKL juga dipertanggungjawabkan untuk menentukan pengoperasian Unit Katering Tentera Darat (UKTD) dan Band Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) yang dikenali sebagai Band D’ Semanggos. Walaupun pelbagai beban tanggungjawab, berkat semangat bekerja bersama- sama bagi memastikan WTKL terus relevan, Pegawai Memerintah menegaskan bahawa setiap perkara adalah tidak mustahil untuk dilakukan, malah setiap individu sebenarnya berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat yang diinginkan.

Sesungguhnya, kekuatan daya kepimpinan, pengurusan teratur serta tim yang efektif dan efisien menjadi elemen penting bagi memastikan WTKL menyediakan perkhidmatan terbaik secara konsisten kepada seluruh warga ATM amnya dan TD khasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online