Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Raya bersama ATM

KUALA LUMPUR:  Pelbagai peringkat tetamu hadir dalam sambutan Hari Raya Peringkat Angkatan Tentera  Malaysia yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Wisma Perwira ATM pada 29 Jul 2015.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bertujuan mengeratkan serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara pegawai kanan, pegawai dan anggota ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang masih berkhidmat bersama bekas-bekas pegawai-pegawai tertinggi ATM dan bekas anggota cedera ATM.

Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Zulkifeli turut menyampaikan sumbangan duit raya serta beramah mesra dengan seluruh tetamu yang hadir diiringi isteri Puan Sri Dato’ Hjh Umi Klasom Wan Awang.

Hadir sama PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU,  Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad (TUDM), PTL, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Mantan-mantan PAT dan PTD, bekas-bekas pegawai Kanan ATM, Pegawai-pegawai kanan ATM, tetamu tentera dari luar negara dan anggota-anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online