SemasaSukan

Lumba Basikal Karnival Sukan ATM

MELAKA: Seramai 18 pelumba basikal dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam Kejohanan Lumba Basikal sempena Karnival Sukan ATM anjuran Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3Div) bertempat di Tanjung Bidara dan Rimba Para bermula dari 1 hingga 3 Nov 2016.

Hari pertama kejohanan, perlumbaan dilepaskan oleh Panglima 10 Bgd Para merangkap Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dengan acara pertama ialah perlumbaan lebuhraya sejauh 115 kilometer yang mana pelumba perlu menempuh sembilan checkpoint sebelum tiba kegarisan penamat.

Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mendominasi keseluruhan pelumbaan lebuhraya ini dengan menjadi juara keseluruhan  manakala TD mendapat tempat kedua diikuti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di tempat ketiga.

Seterusnya acara Mountain Bike diadakan pada hari kedua kejohanan yang memerlukan pelumba mengharungi cabaran lasak dan halangan sejauh 3.4km merangkumi lapan pusingan keseluruhan dan pelumba dari TUDM mengungguli kategori individu  dengan mendapat tempat pertama diikuti TLDM tempat kedua dan TD ketiga.

Turut hadir semua peringkat pegawai dan anggota dari 3 Div dan 10 Bgd Para yang memberi sokongan kepada pelumba-pelumba.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button