2 DivSemasa

Kunjungan Hormat Pengarah UGAT

PULAU PINANG: Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Brig Jen Abdul Hadi Md Sharif telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar sempena Taklimat Skim Anuiti Veteran (SAVe) dan Perlanjutan Tempoh Perkhidmatan 21 ke 26 Tahun pada 7 Dis 2017.

Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azri Ariffin dan seterusnya diperkenalkan kepada semua Pegawai Staf 2 Div. Kunjungan Hormat ini diiringi oleh Pegawai Staf 2 Belanjawan, Mej Nani Aryanti Md Hanif untuk menerangkan satu sesi taklimat SAVe yang dirancang oleh UGAT untuk Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) dan pasukan di sekitar Negeri Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online